Wednesday, July 1, 2009


Ke arah kecemerlangan diri dan keluarga Muslimah

Menjadi Isteri & Ibu cemerlang...?



Bonda mithaliku...



Alhamdulillah, tanpa disangka saya berpeluang menyertai Seminar dua hari yang berlangsung di UIAM, khusus kepada kakitangan IIUM, Gombak yang bertuah, diuruskan oleh pihak MSD. Dek kerana permintaan untuk menghadiri program ini amat hebat, " First come first serve", itu yang biasanya diguna pakai apabila sesuatu penganjuran mendapat respons yang amat baik. Di pendekkan cerita, saya bersyukur kepada ALLAH SWT kerana berasa amat bertuah ( tak disangka! ) kerana tidak ada kakitangan " akademic staff " yang terlibat. Semua peserta wanita yang menyertai program kali ini semuanya terdiri dari kakitangan kategori 'support group' IIUM, Gombak.


Begitulah perancangan Allah SWT, seringkali DIA yang merancang untuk kita, tanpa kita sendiri merancangnya. Malahan itulah yang terbaik penuh hikmah. Jadi, begitulah alkisahnya, tanpa saya jangka, pada pagi 3hb Jun, 2009 saya cuba call Suhairiza, seorang kakitangan Masjid Sultan Ahmad Shah, IIUM Gombak, sekadar ingin bertanya- kalau-kalau saya dibenarkan untuk menghadiri program tersebut walaupun sebagai pemerhati saja. Kenalah jaga adab sopan masuk majlis orang!.




Hati saya membuak-buak dengan keinginan yang cukup tinggi, dek kerana teringin sangat rasanya nak luangkan setiap detik masa keemasan sepanjang Semester 3 ini dengan sebaik-baiknya, kerana saya memang merancang dari awal saya tidak akan mengajar - free of teaching- kerana tahun-tahun yang lepas ( Sem 3 ) macam-macam hal yang berlaku, sama ada saya diminta untuk mengajar 'Independent students' walaupun untuk tiga orang pelajar, dua daripadanya M.A students, manakala seorang lagi Final year student.







Jadi kali ini, saya nekad, saya akan menghabiskan masa saya samada untuk membaca buku-buku yang sekian lama tersadai pembacaannya, atau menghadiri apa jua program yang bermanafaat untuk pembinaan diri dan ilmu.


Begitulah yang berlaku... maka setelah mendapat reaksi positif, maka datanglah saya walaupun jam telah menunjukkan pukul 10.30 pagi. Jadi dua slot telah berlalu. Sebenarnya hati berbalut rasa segan, seolah peserta tak diundang, namun saya kuatkan semangat, demi untuk ilmu, apa salahnya saya attend kursus ini, lagipun saya telah meminta izin terlebih dulu menerusi Suhairiza, harap-harap tidak menyalahi prosedure. Harap-harap, saya akan mendapat sebanyak-banyak manfaat dengan kehadiran saya ini. Juga saya panjatkan doa agar janganlah mengantuk atau tertidur!


Sesampai saya di dewan kursus, kelihatan di hadapan saya penceramah jemputan yang tak asing lagi, Ustaz Badlishah sedang menyampaikan ceramahnya. Saya hanya sempat mendengar 2/3 dari ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Badlishah, seorang penceramah dari Pahang, yang sering diundang di TV9. Rupa-rupa saya dapat dengar secara 'live'. Agak menarik penyampaian Ustaz Badlishah, dengan tajuk "Mendidik Qalbu Ke Arah Keluarga Sakinah" - ternyata beliau bijak sekali memasukkan unsur-unsur humour, dan lawak santainya. Apa lagi, kelihatan hampir semua para peserta ( semuanya wanita ) tak putus-putus ketawa dan tersenyum dengan lawak Ustaz tersebut.


Apa yang membuatkan saya terpegun, kerana Ustaz Badlishah amat berjaya sekali melakukan penelitian yang bersifat realistik ke atas situasi masa kini yang melibatkan masalah wanita dan pengurusan rumah tangga mereka. Bagaimana fenomena keruntuhan rumahtangga berlaku saban hari, meskipun pasangan yang bertahun-tahun tinggal sebumbung, tidur sebantal, serta telah sekian lama cuba memahami peribadi & watak masing-masing. Saya juga amat tertarik apabila Ustaz memfokuskan tentang peranan HATI manusia - yang mesti dibersihkan dari sifat-sifat mazmumah, kerana disebabkan kesibukan manusia di era milineum ini, ramai umat Islam sendiri menjadi lalai, lupa diri dan akhirnya lupa hala tuju mereka - ke Akhirat yang kekal abadi.



SYABAS buat Ustaz Badlishah kerana beliau berjaya menyedarkan kami, kaum IBU & ISTERI yang sememangnya memerlukan sesi tazkirah setiap hari. Peranan kami sebagai ISTERI kepada seorang suami dan sekaligus seorang IBU kepada anak-anaknya, mengundang pelbagai masalah, sama ada yang berpunca dari diri mereka sendiri atau dari faktor-faktor luaran. Mujurlah saya ditaqdirkan Allah SWT menghadiri porgram ini, dan secara langsung bermuhasabah kepada diri sendiri, banyaknya tugas dan peranan kami yang seringkali kami tidak laksanakan dengan ikhlas dan sebaik-baiknya. Moga Allah menguatkan semangat kami kaum IBU & ISTERI agar sentiasa menginsafi bahawa biar penat lelah kami akan menjadi amal soleh untuk kehidupan akhirat yang abadi.


Sesi ke2, untuk hari pertama diteruskan selepas lunch yang begitu menyelerakan, kami menunaikan Solat Zohor dan kursus akan bermula pada jam 2.30 pm. Alhamdulillah, di mana muncul pula Ustaz Ahmad Syukri, yang juga seorang penceramah yang tidak asing lagi di TV3 dan TV9. Sebenarnya beliau adalah orang kuat Fitrah Power Resources, yang aktif menjayakan aktiviti-aktiviti kursus dan dakwah secara profesional. Beliau menyentuh tentang " Menggilap Permata Hati ". Sedikit sebanyak menarik minat saya untuk tekun mendengar- apakah yang akan disampaikan oleh beliau. Jelas beliau kita sebagai ibu bapa di abad moden ini jangan sekali-kali merasakan kita tidak perlu kembali kepada FITRAH, melupakan asal usul manusia dan kemanusiaan itu sendiri. Gejala sosial yang berlaku hari ini menunjukkan hasil dari kealpaan kita sendiri memenuhi tuntutan AGAMA yang sama sekali tidak bercanggah dengan fitrah manusiwi.


Jadi, tidak ada jalan lain kecuali kita semua kembali kepada panduan AGAMA dan SyariatNya, serta patuh kepada segala suruhan dan larangan ILAHI. Baik kaum ibu maupun kaum bapa, amanah terpikul di atas pundak kita tanpa sebarang pengecualian.

Sepanjang sesi petang, meskipun badan terasa agak penat biarpun aktiviti para peserta lebih kepada mendengar serta berfikir terhadap lontaran idea serta saranan dari Ustaz Ahmad Syukri, namun saya merasakan sedikit tekanan perlu diberikan kepada diri sendiri. Sering kali saya sendiri terlupa ( mungkin kerana kesibukan tugas dan kerjaya ) bahawa anak-anak adalah permata kurniaan ILAHI yang amat berharga, dan ianya mesti digilap agar cahayanya akan sentiasa bergemerlapan. Maafkan Ummi wahai anak-anakku ... Ummi masih perlu belajar menjadi Ummi yang cemerlang.


Hari kedua ( 4 Jun 2009 ) - sesi bermula pada jam 9 pagi, Sesi 1 dimulakan dengan Ustaz Ahmad Syukri, ketika saya melangkah masuk ke dewan ( Multipurpose Room - Food & services Department , IIUM) alunan zikir berkumandang, zikir dialunkan beramai-ramai diketuai oleh seorang fasilitator, iaitu Brother Abdul Hadi, anak muda yag menimba ilmu untuk menjadi pembimbing yang baik. Syabas anak muda! Kita perlukan lebih ramai pemuda yang berminat untuk menjadi pembimbing sekali gus daie ila ALLAH.




Untuk hari kedua, bermula dengan Ceramah 1 - " Mendidik Keluarga Secara Spiritual ", oleh Ustaz Ahmad Syukri, topik yang dirangka cukup cantik lagi tepat dengan audiens. Meskipun kami adalah staff yag bertugas di bawah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang bersandarkan kepada nama " Islam " , bukannya satu jaminan bahawa setiap kami telah menunjukkan komitmen yang padu ke arah pembinaan keluarga sakinah. Tanpa kesedaran dari dua belah pihak, suami dan isteri, tidak mustahil krisis kekeluargaan sering terjadi, seperti kes-kes penceraian, anak-anak yang bermasalah dll.


Hatta di Kulliyyah Ilmu Wahyu sendiri beberapa kes staff lelaki maupun perempuan yang bercerai dan tidak dapat mempertahankan institusi keluarga yang telah dibina. Mangsanya adalah anak-anak yang tidak berdosa. Seterusnya ia bakal mencetuskan konflik dalaman dan luaran. sesekali saya menari knafar sedalam-dalamnya memikirkan kelemahan diri sendiri. Sesibuk mana pun seorang IBU dan ISTERI yang bekerja, amanah dan tanggunjawab terhadap keutuhan sesebuah rumahtangga tidak boleh digadaikan semata-mata mengejar pangkat serta kedudukan.

Selepas sedikit santapan perut -Teabreak, jam 11.00 pagi, muncul pula seorang wanita yang berbadan kecil molek, berusia pertengahan 40an ( sangkaan saya je) , iaitu Dr Mariani dari Fakulti Pendidikan UM,yang juga seorang kauselor dan juga penceramah tentang isu-isu wanita, remaja dan masalah sosial dalam masyarakat hari ini. Dengan wajah cukup ceria tetapi tegas, beliau membentangkan topik " Menjadi Ibu dan Isteri Cemerlang Era Milenium ".

Wah, ianya amat menarik sekali, dan tentunya mengetarkan hati kaum HAWA, juga IBU & ISTERI yang sedang menghadapi pelbagai masalah yang berlaku pada hari ini, seolah-oleh banyak keadaan yang songsang hari ini, salah satu faktor asasnya ialah kegagalan WANITA sebagai IBU & ISTERI , juga sekaligus berkait rapat dengan faktor keruntuhan institusi keluarga di Malaysia, mengundang kepada gejala sosial yang amat parah dan semakin parah. Ya, saya terkedu ... pastinya sahabat-sahabat saya juga terkedu, kerana situasi sosial seolah-olah tidak mengenal latar belakang pendidikan dan taraf sosial sesebuah keluarga.Saya amat tertarik kerana beliau berjaya menyokong kajiannya dengan realiti yang berlaku serta kajiannya yang bersifat ' field research' - beliau turut bersama menyaksikan kes-kes sosial yang berlaku seperti kes zina anak-anak remaja seawal usia 12 tahun, seks rambang, kes bohsia dll akhirnya membawa kepada masalah buang bayi ( sebahagian besarnya ) adalah anak-anak hasil dari zina!

MasyaALLAH- amat menakutkan seolah-olah kita semua terlibat sama menyuburkan @ membiarkan apa jua bentuk maksiat dalam masyarakat bermaharajalela, dan tidak berbuat apa-apa untuk mengubah keadaan tersebut. Pada saya, kajian perlu lebih adil untuk tidak meletakkan semua kesalahan pada bahu IBU & ISTERI sahaja, di mana peranan AYAH & SUAMI tidak wajar dilupakan - kerana dalam banyak kes, mereka juga faktor utama yang menyebabkan runtuhnya institusi kekeluargaan di negara kita. Mungkin disebabkan fokus terarah kepada program khusus untuk kaum HAWA, jadi kuncinya ada ditangan para IBU & ISTERI ini.


Moga merekalah agen yang akan mengukuhkan keluarga mereka dan menjadi pembimbing yang baik kepada suami dan anak-anak mereka. Mereka perlu mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mencari 'solution' yang paling mujarab ialah AGAMA. Kita semua tanpa mengira pangkat dan darjat, perlulah kembali kepada ACUAN AGAMA! Apa hebatnya sains dan teknologi di tangan penjenayah, perompak dan pencabul ? Apa gunanya kecanggihan ICT di tangan manusia yang penuh dosa dan noda? Hari ini, maksiat seolah tidak mampu lagi dikawal oleh pihak berwajib, jadi tidak ada cari yang paling berkesan, ialah para IBU & ISTERI sekalipun sibuk dengan kerjaya masing-masing- tidak melepaskan tanggungjwab 'wajib' mereka untuk membina rumahtangga yang berpaksikan kepadan tuntutan AGAMA.


Para Muslimin dan Muslimat sekelian, marilah kita sama-sama berusaha sedaya mungkin, bersandarkan bantuan serta kekuatan dari Nya jua, kita bina keluarga kita dengan satu niat dan qasad " ke arah kebahagiaan hidup di dunia & akhirat " . Kelembutan seorang IBU dan ISTERI mestilah kena pada tempatnya, jangan sesekali kita biarkan ahli keluarga kita tersasar dari jalan al mustaqim.


Tiada alasan untuk kita memejamkan mata sahaja melihat segala bentuk maksiat, hedoniseme bahkan budaya syaitanisme meresap masuk ke dalam rumah tangga kita, lantas mengharu birukan kehidupan penghuni-penghuninya. Yang pasti, tidak ada gunanya kita berbangga menjadi sebuah negara maju, mengikut wawasan 2020, kalau akhlak kita juga sama seperti masyarakat barat yang tidak lagi segan silu mencampakkan nilai moral dan agama jauh dari kehidupan mereka, akhirnya mereka maju & mewah di sudut kebendaan & materialisme, tetapi hancur nilai moral dan syakhsiyyah diri serta masyarat. Moga kita masih ada harapan untuk kembali kepada AGAMA kita untuk menjadi Umat yang terbaik. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk diri, keluarga dan masyarakat umumnya.

Posted by khalati69 at 1:41 AM 0 comments




ADILKAH KITA DENGAN ANAK?
TARBIYATUL AULAD - ADILKAH KITA DENGAN ANAK?


Bicara kita kali ini, ialah mengenai 'ADIL' , begitu senang kita lafazkan sekadar empat perkataan, namun seringkali pula kita tersilap perkiraan ketika kita berinteraksi dengan anak-anak kita. Setiap orang yang bergelar ayah dan ibu, pasti tanpa sedar, anak-anak kita pernah meluahkan rasa hati mereka apabila mereka melihat kita berlaku kurang ADIL ( pada pandangan mereka ) terhadap mereka. Sebagai contohnya, mungkin kita pernah beli pakaian anak sulung kita di sebuah gerai di pasar malam, manakala baju si adiknya pula kita beli di SOGO! . ADIL-kah kita bila kita tidak terniat pun untuk berlaku tidak ADIL, lantas mereka membuat kesimpulan, ayah atau ibu mereka tidak ADIL! .


Dalam banyak keadaan kita sebenarnya cuba berlaku ADIL, misalnya si abang melakukan sesuatu perbuatan yang kita tegah, misalnya menyebut perkataan tidak sopan/ mencarut, pastinya kita mudah melenting dan kalau boleh kita ingin tampar saja mulut si abang sekiranya dia telah faham dan diberitahu berulang-ulang kenapa kita melarang mereka menyebut perkataan itu sekalipun dalam keadaan marah@ tegang seperti bergaduh sesama mereka. Kemudiaan ketika anak kita yang masih kecil sekitar usia 4-7 tahun melakukan perbuatan tersebut, adakah kita juga akan bersikap sama sebagaimana sikap tegahan yang kita lakukan kepada si abang tadi. Dalam situasi sedemikian, saya sendiri seringkali ditegur oleh si abang: " Ummi tidak ADIL! ", tegur si abang yang melakukan perbuatan yang salah, dia berasa tidak puas hati kenapa pula si adik tidak pula kita tegur dan hukum?Memang keadaan kadang-kadang sukar untuk ditangani, apa yang saya praktikkan, ialah si abang akan dihukum sebagai pengajaran - seperti di cubit mulutnya, jangan lagi melakukan kesalahan berulang setelah banyak kali di'warning' yang sama. Apabila berlaku pun pada si adik, saya hanya akan hukum dengan hukuman yang sama setelah menyatakan kenapa saya melarang mereka mengeluarkan perkataan sedemikian.

Ya, dalam banyak keadaan, anak-anak kita tidak faham kenapa berlaku sikap ibu bapa yang di anggap mereka ' tidak ADIL @ double standard, sedangkan mereka tidak melihat pula kepada sebab dan musabbabnya. Apapun, kita perlulah bijak bertindak dengan tegas tetapi felsible.Manakala di sudut kebendaan pula, kita hendaklah berpada-pada, jangan di atas alasan untuk bersikap ADIL pada mereka, kita pula pokai! Mungkin si abang sebelum kelahiran adik-adiknya kita pernah belikan sehelai dua pakaian, kasut dll berjenama seperti untuk baju raya, kerana tertarik dengan 'sale' atau kualiti sesuatu pakaian. Manakala setelah kelahiran adik-adiknya, kita pula terpaksa berjimat cermat dan mengharapkan kita dapat berlaku ADIL tanpa menzalimi perasaan mereka.


Begitu juga dalam segi pendidikan, ianya cukup mencabar kewibawaan kita sebagai ibubapa. Anak sulung ( lelaki ) saya hantarnya ke sebuah sekolah Rendah Islam ( SRI ) swasta kerana tidak begitu yakin untuk melepaskan anaknya di sekolah Rendah Kerajaan biasa di samping ianya memudahkan saya menghantarnya ke SRI tersebut tanpa terpaksa menghantarnya ke sekolah agama pada waktu pagi atau petang. Akhirnya keputusan yang saya ambil berdasarkan beberapa faktor tadi, dan saya lupakan soal kos yang hampir RM225 sebulan pada tahun 2003. Kemudiaan setelah adiknya mencapai usia 7 tahun dan akan memasuki Tahun Satu, saya menjadi serba salah, adakah saya ADIL jika anak kedua saya hantar ke Sekolah Rendah Kebangsaan yang tidak melibatkan kos bulanan. Maka pada masa itu, saya sebenarnya terasa sedikit tertekan -takut saya tidak berlaku ADIL, kalau si abang saya perihatin tentang pendidikan Agamanya, saya begitu mengharapkan Biah Solehah akan menghasilkan natijah yang saya harapkan. Apakah saya tidak mengharapkan natijah yang serupa kepada anak kedua?


Akhirnya saya mengambil keputusan menghantar anak kedua juga ke SRI, maka kosnya menjadi berganda. Begitulah situasi saya yang dipengaruhi oleh sikap ADIL dan bimbang tidak ADIL kepada semua anak-anak saya, sehinggalah kini lima dari anak-anak saya telah saya hantar ke SRI yang sama. Sememangnya amat terasa bebanan kos bulanan dan keperluaan 'wajib' yang lain.Alhamdulillah, saya hanya berserah kepada ALLAH SWT, saya yakin DIA Maha Mengetahui segala niat saya, kerana saya begitu takut untuk melepaskan anak-anak saya dalam sistem yang tidak seimbang antara tuntutan Agama dan pencapaian akademik, lebih-lebih lagi suasana masyarakt KL yang penuh dengan anasir-anasir negatif seperti masalah sosial yang semakin parah. Kini, anak sulung saya telah tamat Darjah Enam pada tahun lepas 2008, dan telah berjaya memasuki sebuah Sekolah Tahfiz Sains di Kelantan.


Harapan saya, kesemua mereka akan mencapai target yang saya tetapkan, iaitu kejayan mereka dunia dan akhirat. Namun saya berharap saya sentiasa bersikap ADIL terhadap mereka semua walaupun kita merasa agak tertekan dari sudut kewangan. Kita sebagai ibubapa hanya mengharapkan yang terbaik untuk mereka, bagi saya duit boleh di cari, pendidikan anak-anak mesti menjadi keutamaan.Nampaknya setakat ini mereka semua 'enjoy' dan 'happy' dengan sekolah mereka dan proses pendidikan yang mereka lalui .Dalam keadaan ekonomi tidak menentu sekarang ( 2009 ), mungkin ramai para ibubapa terpaksa melakukan ' cut budget' dalam banyak urusan yang melibatkan anak-anak. Misalnya hanya anak yang akan menghadapi peperiksaan seperti UPSR, PMR atau SPM yang dibenarkan mengikuti kelas tuisyen, manakala yang pelajaran mereka ok dan tidak terlalu lemah, kita kecualikan. Apa yang penting, kita mesti jelaskan kepada mereka, apa rasionalnya tindakan kita itu. Anak saya yang keempat, ( satu-satunya perempuan ) suatu hari merengek-rengek meminta saya menghantarnya ke sebuah pusat tuisyen. Mungkin sikap anak perempuan sekarang yang kebanyakan menunjukkan minat yang lebih terhadap pelajaran mereka berbanding dengan anak lelaki. Pada mulanya saya kata ok, selepas melihat budget dan beberapa keadaan yang mana saya pasti sibuk menghantar dan mengambilnya ke pusat tuisyen tersebut, sedangkan abangnya telah mula ke pusat tuisyen yang lain kerana akan menduduki UPSR tahun depan. Saya mula serba salah, dan menjelaskan kepadanya, bahawa pelajaranya ok dan bagus, cuma dia perlu berusaha lebuh kuat lagi dan boleh belajar sendiri untuk menjadi yang terbaik. Lalu, perkataan 'ADIL'kah saya menerjah di fikiran saya, kerana saya takut tidak berlaku ADIL kepadanya tambahan pula dia satu-satunya anak perempuan. sehingga saat ini, saya masih menangguhkan hasratnya untuk ke kelas tuisyen.

Sebagai manusia, kita hanya boleh merancang dan kita harapkan natijah yang terbaik untuk mereka semua, moga mereka bersedia untuk memahami perasaan ayah ibu mereka, yang sekali-kali tidak ingin berlaku zalim terhadap mereka. Moga sifat ADIL para ibubapa boleh mereka pelajari dengan penuh bijaksana dan kita juga sebagai pendidik mereka jangan sekali-kali terdetik untuk bertindak sesuka hati kita tanpa melihat kepada situasi anak-anak, dan Bi'ah di era millinium ini yang cukup mencabar. Moga ALLAH sentiasa mencampakkan 'instinct' yang betul dalam hati kita di saat kita perlu membuat sesuatu keputusan besar untuk permata hati kita. Hanya DIA yang Maha Mengetahui segala niat dan amal kita demi masa depan anak-anak dan amanah di atas bahu kita untuk menjadikan mereka generasi Rabbani yang akan memikul amanah Ad Din.
Posted by khalati69 at 5:57 PM 0 comments


TARBIYATUL AULAD - Bicara tentang ilmu & Guru


Betapa ILMU perlu diberikan penekanan yang paling penting buat anak-anak kita, agar mereka faham bahawa tanpa ILMU siapalah kita yang bernama manusia. Tanpa ILMU, manusia hanya dikenali sekadar manusia yang memiliki fizikal, jasad, aqal ...tak lebih dan tak kurang dari itu. Ramai sekali manusia yang hanya meletakkan ILMU hanya sebagai pencapaian formaliti semata tanpa melihat hubungkaitnya dengan kehidupan manusiawi itu sendiri.Sewajarnya kita, sebagai ibubapa menjadi pembimbing, pendidik merangkap MURABBI yang terbaik kepada mereka, zuriat-zuriat kita sendiri. Bagi setengah ibubapa merasakan sudah cukup pengorbanan mereka apabila mereka bersusah payah menghantar anak-anak mereka ke sekolah rendah, kemudian menengah, kemudian ke peringkat kolej dan Universiti. Selepas itu kita beranggapan mereka sendirilah yang bertanggungjawab terhadap diri mereka sendiri.

Mungkin, itu tradisi lama, yang sepatutnya dihapuskan. Apa keadaan sekalipun, anak-anak sentiasa memerlukan bimbingan ibu ayah mereka dalam meniti setiap saat dalam kehidupan mereka agar mereka lebih yakin dan terarah mencari laluan hidup yang bercahayakan suluhan RABBANI.Abad kini cukup menggerunkan bagi kita, kerana kita bertanggungjawab, sama ada secara langsung atau tidak memastikan anak-anak kita berjaya dalam kehidupan mereka duniawi & ukhrawi. Oleh demikian, pernahkah kita serius berfikir dan merenung sejenak: " Apa agenda kita untuk mereka? Atau kita biarkan mereka sendiri berimaginasi .... nanti besar nak jadi apa ya? Kerap soalan itu soalan cepu mas para ibubapa samada dengan tujuan kita memancing mereka supaya menyatakan minat dan kecenderungan mereka memilih hala tuju setelah dewasa atau sekadar menguji minda mereka .

Memang tidak salah kita bersikap profesional dalam menangani anak-anak kita terutama yang telah mencapai usia 18 tahun ke atas dengan memberikan kebebasan kepada mereka merangka masa depan sendiri, seperti kolej mana yang akan mereka belajar setelah tamat SPM, bidang apa yang akan mereka ceburi sebagai Major course atau minor course dll. Namun ibubapa mesti sedar, batu asasnya mestilah bermula seawal usia mereka 3 atau 4 tahun, kerana kita wajar melihat kecenderungan mereka, bakat dan minat sedari kecil, agar tindakan susulan boleh di atur dan teratur.Ya, untuk melihat mereka berjaya di dunia dan akhirat,

langkah pertama ialah ajar anak menyintai ILMU. Ia adalah asas dan platform, dalam masa yang sama kita ajar juga mereka menghargai segala jasa orang-orang yang berjasa mencurahkan ILMU kepada mereka, meskipun mungkin sekadar mengajar mereka mengeja dan mengira 123 atau alif, ba dan ta semasa di Tadika@preschool. Jasa orang yang sudi menberikan walau secubit ILMU kepada anak-anak kita mestilah kita hargai sebagaimana kitapun amat bersyukur sekiranya kita juga boleh memberikan apa jua ILMU yang ada pada kita pada anak-anak kita sendiri atau anak-anak orang lain. Yang penting ILMU tidak hanya terhenti kebaikannya kecuali ia semakin berkembang luas dan seterusnya terciptalah sesuatu perkara yang boleh dijadikan buah-buah ILMU.

Jadi sempena "HARI GURU' mengenang jasa setiap guru-guru kita dan guru-guru anak-anak kita, kita patut bersyukur kerana masih ramai yang mencurahkan ILMU di dada mereka dengan penuh ikhlas dan jujur tanpa mengharapkan pujian manusia. Yang paling penting, ianya adalah tanggungjawab setiap makhluk yang bernama manusia, sedar hakikat keinsanan yang menuntut setiap orang menambahkan ILMU mereka selagi tidak bertentangan dengan Syara' dan Manhaj RABBANI. Moga para guru-guru sentiasa bersedia uuntuk menyahut cabaran zaman dan merentas masa, bukan sekadar melahirkan manusia yang memiliki jasad tanpa ruh, memiliki otak tetapi tidak aqal budinya. Sekian... buat anak-anak kita .... CARILAH ILMU DAN HORMATILAH MEREKA YANG BERILMU YANG SUDI BERKONGSI ILMU DENGAN MEREKA. TIDAK RUGI ORANG YANG BERDAMPING RAPAT DENGAN GOLONGAN ILMUAN.
Posted by khalati69 at 3:32 AM 0 comments


posting : Tuesday, May 5, 2009


TARBIYATUL AULAD :

Bicara Tentang Hati


Perkataan HATI, atau qalbu dalam Bahasa Arab merupakan kalimah yang sinonim dengan jiwa manusia. Pastinya insan tak punya hati adalah manusia yang tidak punya perasaan dan tak layak bergelar manusia. Buta hati pula merujuk kepada manusia yang tidak dapat melihat kebenaran yang jelas di depan matanya. Ia juga bermaksud manusia yang menafikan kebenaran dan kebaikan dan memilih keburukan dan kefasadan. Baik Hati pula bererti manusia yang ada sifat belas ihsan terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi terhadap golongan yang lemah dan sedang menderita. Lawannya pula Keras Hati, mafhumnya ialah orang yang susah untuk menilai sesuatu perkara sekalipun jelas kebenarannya, sukar dipujuk dan kekadang terlalu ego dengan diri sendiri. Kita juga selalu berpesan kepada anak-anak supaya berhati-hati jalan raya. Jatuh hati pula akan membuatkan manusia lemas dalam perasaan mereka terhadap terhadap orang lain. Kecil hati juga cukup membuatkan manusia bermasam muka dan berkelahi.

Bagaimana kita ingin mendidik anak-anak kita tentang HATI ? Sebagai ibu, seringkali juga kita terpaksa mengggunakan cara halus dan lembut untuk memujuk dan mengambil HATI mereka, sekiranya mereka merajuk atau memberontak! Maka ibu-ibu yang terpaksa berdepan dengan cabaran anak-anak yang keras hati pastinya mereka sendiri makan hati dengan anak-anak mereka !!! Namun, ibu Solehah pastinya memiliki sekeping HATI yang lembut, halus, penuh kasih sayang serta sanggup makan HATI demi untuk jaga HATI anak-anak bahkan juga para suami mereka. Banyak keadaan IBU sendiri terluka HATInya, sakit HATInya, menangis seorang diri dan akhirnya memujuk HATI nya sendiri.

Cabaran besar buat para IBU, bagaimana kita mendidik anak-anak kita agar mereka faham persoalan di antara HATI @ JIWA @ PERASAAN, hubungan di antara ketiga-tiga kalimah tersebut dengan fitrah manusia dan keinsanan manusia, juga persoalan HATI dan pengurusan hati.
Pertama, sebagai ibu, kita perlu mengajarkan mereka agar memahami kenapa Allah Taala menjadikan setiap manusia mempunyai HATI @ perasaan. Organ HATI pula adalah salah satu organ dalaman yang penting, yang menentukan hidup atau matinya seseorang manusia. Ianya juga akan menentukan sihat atau sakitnya manusia. Salah satu penyakit yang menggerunkan manusia di abad ini, ialah Penyakit yang berpunca dari kerosakan organ hati dan kegagalan fungsinya kepada tubuh manusia. Ramai pesakit yang menghadapi masalah yang berkaitan dan berpunca dari kerosakan fungsi hati, akhirnya terpaksa menjalani pembedahan dan akhirnya hati mereka terpaksa dibuang. Apakah orang yang tidak lagi mempunyai organ HATI secara automatik mereka sudah tidak punya hati dan perasaan? Apakah mereka tidak lagi merasai wujudnya sesuatu yang bersifat " sense " @ feeling dalam diri mereka atau sebaliknya?.

Islam sebagai Agama yang bersesuaian dengan fitrah manusia, jelas sekali tidak melupakan aspek HATI dan peranannya di dalam membina sifat-sifat keinsanan dan kemanusiaan. Acapkali manusia-manusia yang kufur serta engkar dengan perintah Allah dan SyariatNya, disebut sebagai manusia yang telah tidak lagi memiliki HATI yang hidup dan rasional seperti dalam firman Allah SWT :
لهم قلوب لا يفقهون بها
Mereka itu adalah golongan yang disifatkan Allah di dalam ayat 10 surah Al Baqarah sebagai manusia mempunyai hati yang berpenyakit,


(( في قلوبهم مرض فزادهم الله مرضا ولهم عذاب أليم بما كانوا يكذبون ))

" ... di dalam hati mereka ada penyakit, kemudian Allah tambahkan lagi penyakit kepada mereka, dan bagi mereka azab yang pedih terhadap apa yag mereka dustakan ( semasa di dunia ) ". Ya, pastinya azab Allah tersedia untuk mereka.Itu adalah ancaman yang keras moga-moga mereka mencari jalan pulang ke arah Iman dan Islam.


Justeru, lihatlah di sekeliling kita semakin ramainya manusia yang bersikap sedemikian. Rupa-rupanya Allah SWT menambahkan lagi penyakit-penyakit kepada mereka, akhirnya bertambahlah bilangan manusia-manusia yang bersifat hasad dengki, keras hati, buta hati, khianat, tamak dan haloba ... semunya berpunca dari masalah HATI dan kegagalan hati untuk menjalankan peranannya sebagai pencetus dan pembisik kepada aqal manusia. Mereka yang sifatkan oleh Al Quran di dalam ayat di atas di atas masih sebagai manusia, namun HATI mereka tidak lagi berfungsi untuk memandu pemiliknya ke arah kebaikan atau petunjuk Allah Taala. Jadilah manusia itu berhati batu, keras hati, buta hati, busuk hati, tidak berhati perut, dan akhirnya kekal di dalam kekufuran dan maksiat hingga ke akhir hayat mereka, Nauzubillhi min zaalik.

Betapa anak-anak kita perlu dididik mengenal dan sekaligus menjaga HATI mereka kerana hanya HATI dan amal soleh sahaja yang akan menjadi asset kebahagiaan hidup mereka di dunia dan akhirat. Ramai manusia hari ini tidak senang HATI apabila semakin ramai manusia ingin kembali kepada Hidayah Allah. Meluatnya mereka bila melihat semakin ramai artis-artis & selebriti terbuka hati nak pakai tudung, tutup aurat, tinggalkan dunia hiburan, bahkan semakin ramai juga yang ingin kembali kepada kehidupan beragama setelah sekian lama tenggelam di dalam kealpaan . Manusia yang hitam HATInya seakan-akan susah HATI pula bila mereka melihat program-program Agama @ dakwah diperbanyakkan, Alahai!

Jelas, semua perkara yang disebut tadi hampir mempunyai perkaitan secara lansung dan tidak langsung dengan kedudukan HATI manusia, sama ada HATI itu dekat dengan Allah dan AgamaNya ataupun sebaliknya. Tanyalah hati .... tanyalah hati kecil maupun hati besar, Wahai pemilik HATI!!! HATI kita tak pernah menipu. Manusia yang sering lupa dan alpa saja tidak sedar bahawa setiap detik dan setiap lintasan di hati kecil maupun besar mereka semuanya di dalam pengetahuaan Allah Taala YANG MAHA MENGETAHUI. Wahai Anak-anakku... ingatlah bahawa Allah hanya akan melihat kepada HATI kita ini di samping amalan-amalan kita di dunia, semuanya akan dihitung, dan HATI itu akan berperanan sebagai daya penggerak kepada amalan baik kita, ia juga amat penting supaya apa jua perbuatan kita mestilah diikhlaskan segala niat dan qasadnya, semata-mata mencari keredhaanNYa jua.

Marilah kita ta'dibkan anak-anak kita sentiasa menjaga hati mereka dari sebarang kekufuran dan maksiat yang boleh menghitamkannya. Kembalikan hati kita kepada pemiliknya jua, WaAllahu A'laam.

Posted by khalati69 at 12:57 AM 1 comments

Bicara tentang Hati

Original posting: Monday, May 4, 2009

MENGIMBAU CERITA SEORANG IBU



Cerita ( 1)
Bulan Mei, setiap tahun , sambutah Hari Ibu diraikan sebagai hari mengenang jasa setiap wanita yang bernama IBU. Sama ada ibu itu wanita biasa, seorang suri rumah, atau seorang career lady, dia tetap seorang ibu, dan title itu valid sehingga ke akhir hayatnya. Manakala kebiasaannya pesan seorang ibu, beribu-ribu.
Lafaz yang teramat indah yang biasa kita dengar ialah" IBU, KAULAH RATU HATIKU " seringkali didendangkan oleh anak-anak yang mengenang dan menghargai jasa mereka, kerana kita juga ( wanita ) adalah ibu pula kepada anak-anak kita. Islam mengajar kita menghormati mereka ( Ibu & bapa ), berbudi dan menyantuni mereka selagi mereka masih hidup.
Syair Arab yang indah mengatakan: الأُمُّ مَدرسةٌ إذا أعددْتَهَا * أعْدَدْتَ شَعْبا طَيِّبَ الأعرَاقِ

Maksudnya : IBU itu laksana sekolah jika anda menyediakannya * samalah seperti anda menyediakan suatu Ummah yang baik keturunannya.


Mek sedang menyampaikan pesanan dan nasihat sepada anak cucunya sempena Hari Keluarga , 2007 di Pantai Nipah, Bachok Kelantan.



Inilah sedikit ceritaku , seorang seorang dan dia adalah IBUku, walaupun dia adalah wanita biasa, namun memiliki sifat-sifat Muslimah Solehah, yang cekal dan tabah, berhati waja mengharungi hidup tanpa suami di sisinya. Benarlah hadis Nabi SAW yang mengatakan :

الدنيا متاعٌ وخَيرُ متاعِها المرأةُ الصالحةُ - رواه مسلم
“ Dunia itu adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasannya ialah wanita Yang Solihah “.

Ya, Kebaikan hati seorang IBU, kesabaran serta ketabahannya membesarkan anak-anak seramai 9 orang, empat lelaki dan lima perempuan .... menuntut sebuah kekentalan jiwa dan kecekalan hati. Dia juga seorang mujahidah qaanitah … yang sentiasa menyampaikan kebaikan kepada para Muslimah yang lain melalui kelas-kelas pengajian agama. Inilah sedikit ceritaku , seorang IBU, walaupun dia adalah wanita biasa, namun memiliki sifat-sifat Muslimah Solehah, yang cekal dan tabah mengharungi hidup tanpa suami di sisinya.

Kebaikan hati IBU, kesabarannya membesarkan anak-anak seramai 9 orang, empat lelaki dan lima perempuan .... menuntut sebuah ketabahan dan kecekalan.Dia juga seorang mujahidah qaanitah … sentiasa menyampaikan kebaikan kepada para Muslimah yang lain.


Cerita (2)
Alhamdulillah, tanpa diduga kami anak-anaknya mencalonkannya sebagai IBU MITHALI peringkat negeri Kelantan, tanpa harapan yang tinggi, tidak bertujuan untuk berbangga atau untuk bertanding dengan sesiapa. Cukup bagi kami anak-anaknya mengharapkan Si IBU, akan menjadi contoh insan yang patut dijadikan qudwah kepada para IBU-IBU yang lain, khususnya di Negeri Kelantan.

Sesuci hatimu, wahai IBU....

Akhirnya, ibu yang kami panggil "Mek" menerima Anugerah Ibu Mithali, kategori Maryam Ummu Isa a.s, peringkat Negeri Kelantan, 2007. Maka pada 7hb OGOS 2007, kembali anak-anakmu ke pangkuanmu, merindui belaian kasih sayang dari seorang ibu, Alhamdulillah, kami meraikan penghargaan terhadap ibu kami dengan penuh syukur agar kami juga akan mengikuti jejak langkahnya, khususnya bagi anak-anak perempuannya yang seramai lima orang, manakala anak lelaki pula agar menjadi bapa-bapa yang baik dan soleh.

Sama-samalah kita renung Firman Allah SWT, dalam Surah al Furqan: 74
ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرةَ أعيُن واجعلنا للمتقين إماما
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa.


Itulah di antara nikmat yang mesti dipohon oleh setiap Muslim dan Muslimah, kerana nikmat berkeluarga dan mempunyai ahli keluarga samada bilangan kecil atau besar, yang paling penting setiap ahlinya beriman dan taat kepada perintah Allah Taala.Maka jaminan Allah Taala bahawa kebaikan yang bakal diterima tidak terhenti setakat di dunia sahaja, tetapi ganjaran di sisiNYa akan berterusan sehingga ke akhirat nanti.

Cerita ( 3 )
Masih ku ingat... sejak kecil sehingga meningkat usia remaja … walaupun tidak menjadi anak manja atau anak emas, ku sentiasa merasai kasih sayang seorang ibu yang tidak ternilai hebatnya, meskipun tidak pernah dilafazkan di bibirnya. Namun pengorbanan seorang IBU dan seorang insan Mujahidah itu amat bermakna buat anak-anaknya.Dia, seorang wanita @ jua IBU ... tetap cekal, tabah dan teguh pendiriannya, biar lelah, biar penat mendidik kami anak-anaknya, didikan agama adalah keutamaa baginya, meskipun tanpa suami di sisi dia yakin Allah SWT adalah sumber kekuatanya.


Dari segi sikap dan perwatakan, Mek tidaklah begitu tegas dalam mendisiplinkan anak-anak, tapi kami seakan-akan faham kelembutan ibu ada batasnya. Apa yang kami amat kagumi ialah kesetiaan Mek terhadap ayah, tak terlintas untuk mencari pengganti. Impiannya hanya untuk memastikan kesemua anak-anaknya berjaya di dalam hidup mereka duniawi & ukhrawi, dan tidak tercicir dalam pelajaran. Apa pun terbukti kecekalan Mek dan kesabaran Mek yang sanggup harungi segala rintangan membesarkan kami 9 beradik, 5 perempuan,4 lelaki dengan hanya meneruskan sebuah kedai runcit dan sedikit wang pencen ayah .

Hebatnya dia, seorang IBU, hanya tahu bekerja dan memastikan semua anak-anaknya mendapat didikan agama, berakhlak mulia dan membina keluarga dengan restunya.Kami, anak-anak yang masih bersekolah selepas kematian ayah pada tahun 1979… pandai membawa diri masing-masing tanpa meminta kecuali apa yang perlu sahaja, tidak pandai bermewah-mewah apatah lagi menunjuk-nunjuk kelebihan yang ada. Tak terlintas untuk bermewah-mewah, sekadar yang diberi , kami akur tidak mahu menyusahkan ibu.Kami bersyukur dengan apa yang ada.



Mek bersama keluarga Abang Fakarul Razy dan Kak Rogayah

Cerita ( 4 )
Syukur... segalanya berjalan lancar, dipermudahkan Allah, Alhamdulillah , kesemua anak-anakmu telah berkeluarga dan bertemu jodoh dengan insan-insan yang baik ... moga cucu-cucumu yang kini berjumlah setakat ini lebih kurang 53/54 orang pula semuanya akan mewarisi sifat-sifatmu, menjadi anak soleh dan solehah, musleh muslihah, mujahid dan mujahidah, generasi cemerlang dan gemilang di dunia dan akhirat. Kudoakan untuk seorang IBU yang melahir dan membesarkanku, agar sentiasa dilindungi dan diberkati sehingga ke akhir hayatmu ...


Ya Allah, Ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa-dosa kami, berkatilah keluarga kami ini di dunia dan akhirat, istiqamahkanlah hati-hati kami dengan cahaya Iman dan Taqwa, AMIN YA RABBAL A'LAMIIN.

Sambutah Hari Keluarga, pada Hari raya Aidil Fitri, 2007, di Kampung Nipah Bachok, kampung kelahiran kami.

Posted by khalati69 at 1:02 AM 0 comments

Tuesday, June 30, 2009

AMANAH PEKERJAAN


AMANAH PEKERJAAN...

Minggu ini , saya tak dapat nak berkongsi apa-apa cerita, pandangan atau sekilas pandang, kerana mesti selesaikan kewajipan yang perlu diaula kan " aham minal muhim" , berdasarkan Fiqh Aulawiyyat, kita mestilah peka dan mengambil kira apa jua faktor yang berkaitan dengan sesuatu keadaan. Tidak wajar kita hanya mengambil satu pendekatan dan melupakan apa jua condition yang berkaitan dengannya. Jadi, apa yang penting buat minggu ini sehingga tarikh 24hbApril , ialah saya mesti habiskan secepat mungkin marking papers of final exam, semester 11, session 2008/09 - kalau tidak .....tunggulah memo dari pihak Deparment. Bukan kita takut kepada pihak atasan atau bos, tetapi kita perlu merasakan itulah amanah dari pekerjaan kita, lebih-lebih lagi seorang guru, pensyarah dan apa jua pekerjaan, cukuplah Allah Taala yang menjadi cctv kita إن الله بصير بالعباد
Jangan sesekali kita lupa, bahawa Allah Taala yang bersifat Maha Melihat dan Maha Mendengar sentiasa mengawasi setiap amal perbuatan hamba-hambaNya baik maupun buruk. Segala gerak hati jua dalam pengetahuanNya. InsyaAllah, sekiranya ada ruang waktu dan sedikit idea, saya teruja untuk mengupas tentang topik ini. Sejauh mana kita beramanah dengan tugas dan kerjaya kita.
Posted by khalati69 at 3:09 AM 0 comments